America West Trip summary: Day 6
Itu hari aku berenti kat SF Golden Gate Bridge kan, so ini hari aku na k citer cerita lepas tu pulak. Selepas kitaorg semua bergambar kenangan bersama Golden Gate, macam biasa, issue utama tak tahu nak pergi mana. Aha lupa lak aku dh buat research tadi kan, pakai lappy aku. Aku suggest semua pergi Japanese Botanical Garden, location pelancongan paling top dkt SF ni, mengalahkan Golden Gate di tangga kedua. So that made me wonder quite a bit. Apa yang hebat sangat tempat ni? Kenapa mesti femes kat SF, tidak di Jepun ker misalnya?
Macam2 persoalan timbul di benak fikiran, apa kata kalau kita pergi saja ke sana kan, menyingkap misteri SF. Tengok sendiri tempatnya mcm mana, betul tak?
Bergambar sebelum masuk ke taman
So sebenarnyer sesampai jer kat sini kamera aku kehabisan bateri. Takleh nak amik gamabr banyak2 laa. Tumpang kamera orang pun jadi la. Nak masuk dalam tu kena bayar around USD 5.00 tak silap aku laa (if memory serves me right). Ada dua org jaga booth ari aku masuk tu, sorang mat salleh sorang amoi Jepun, aku amik yg amoi nyer muaha XD. Yang bestnyer dia cakap Arigato lepas aku bayar.
Masuk jer dalam tu huarghhhh cantik giler. Mmg cun la. bunga2 takder sangat laa tapi lanskap dia yang menarik. Dengan binaannya, tempat jlana kaki nya. kolam air, jambatan. Luas la. Best laa pendek kata.
Tapi aku rasa yang menarik sekali dapat daki jambatan crescent moon nih (lihat bawah) bukan jambatan biasa yer. Kena daki nak naik atas tu. Nak turun pun cuak, curam sehh. Tapi kenangan takleh dilepaskan camtu sajer tanpa mengambil gamabr betul tak?
Menarik jugak laa tempatnya walaupun aku masih takleh terima tempat tu merupakan antara daya tarikan utama SF. Rasanya macam takder benda yang boleh dibanggakan bila sampai situ. Tak macam Golden Gate tadi.
Ok laa aku nak mengakhiri episod pada hari ini disebabkan kitaorg semua keletihan. Lepas kitaorg meninggalkan Japanese garden tadi, kitaorg nak cari makan dulu. Jumper kedai halal (org Arab punyer kot tapi pekerja ramai Inodnesia, pak) berdekatan dengan hotel, (masa ni belum check in lagi). Terserempak dengan sekumpulan melayu melayu eksekutif tengah makan di dalam kedai tu, tapi semua buat donno jer, kitaorg pun buat doono jugak hehe.
Habis makan sampai kenyang kitaorg nak check in lak, walaupun amik masa dekat 1 jam nak cari tempat parking yang sesuai pheww susah betul. Hotel betul2 dekat China town. Tuan hotel strict pulak tu. Tak nak kasi 5 org sebilik masuk. Ayoo, bikin olang susah laa camnie, towkey. Takper kitaorg pun ada plan jugak, tipu masuk jer hehe.
nak tau apa bangunan ni? nanti aku citer later
Tapi biasak laa gi mana2 mesti ada challenge. So far OK aku rasa aku dah happy tadi dapat lawat Japanese Garden dengan Golden Gate. Kawan2 aku sibuk bercerita esok nak stay kat hotel jer laa, dah tak tahu mana nak pergi. Aku keresahan. Dillema. Takkan nak duduk lam hotel jer. Apa2 pun tido dulu malam ni.









0 Comments:
Post a Comment
<< Home