Friday, September 16, 2005

America West Trip summary: Day 6

Hari kelima: August 17, Wednesday (Part 1)

Tengah2 pagi buta langsung tidur mati. Borak2 pun tak tahan lama. Memula ingat best jugak kalo leh dengar citer antu Ime tapi lama2 seram jugak huhu. Kiri kanan pun gelap gelita. Nampak permukaan gunung ganang berwarna kelabu2. Nampak berhantu sikit pun ada. Tapi aku takder gambar sebab kalo aku snap pun malam tu gerenti gelap jugak.

Sebelum subuh, Man tukar driver dengan Muiz. Man duduk sebelah, jadi co-pilot. Aku yang biasa jadi co-pilot duduk belakang Man. Sudah lama berjalan, kelihatan kawasan bandar mula mendominasi pandangan kitaorg yang tadi hanya gelap gelita hanya disuluhi cahaya bulan.

Muiz lead di depan. Kereta bergerak menuju masuk San Francisco-Oakland bay brigde. Nak masuk badar ni kena bayar tol USD 3.00 dulu. Otak aku yang mamai tadi terus saja segar, excited sangat nak tengok bridge ni. Tak femes pun bridge ni tapi bagi aku mempunyai daya tarikan tersendiri. Cepat2 aku capai kamera aku dan cuba snap gambar tapi tak berhasil. Aku mencuba kamera Ime pula, hasilnya agak tidak begitu memuaskan tapi agak OK. Lagipun pandangan aku agak terbatas kerana duduk di kerusi penumbang belakang. Aku lebih prefer duduk depan sebab aku dapat ambil gambar banyak2. Tetapi Man hanya duduk bersahaja, jika tidak Muiz meyuruh Man mengambil gambar, dia akan tetap bersahaja memerhati keadaan sekeliling. Gambar di bawah adalah dari kamera Muiz yang ditangkap oleh Man.

Gambar di bawah pula adalah pemandangan bandar San Francisco pada awal pagi dari jambatan yang kitaorg tengah lalui sekarang ini.

Kitaorg masuk ke bandar San Francisco yang sungguh sunyi sepi. Maklum sajalah waktu awal pagi. Tandas pun dikunci lagi. Kitaorg cuba nak masuk masjid tapi pun masih dikunci. Waktu tu aku dah mula rasa tak sedap hati.

Kitaorg cuba buang masa ronda2 kawasan sekitar bandar. Kiri kanan penuh jalan2 curam berbukit. Fuhhhh mencabar jiwa raga Muiz nak drive naik turun bukit. Sib baik laa kereta auto. kalo kereta manual cam rumah aku punyer tentu kelam kabut nak bawak tengah2 bandar SF nih. Akhir sekali sampai jua laa dekat waktu Subuh. Masjid sudah dibuka. Tapi macam mana ntah timing tak baik, ada laa pengemis bengis dekat depan masjid. Dia cuba nak mintak duit dr Muiz dan aku tp cara dia sungguh kasar dan tak bersopan. Aku yang ketakutan terus masuk dalam kereta dan kunci dari dalam. Kalao aku lambat sedikit tentu dia dapat genggam tangan aku. Tapi Alhamdulillah semuanya OK. Kitaorg solat Subuh dalam masjid tadi dengan tenang. Ada beberapa orang brothers menegur dan berborak dengan kami.


Selesai saja solat. Aku agak mengantuk terus melelapkan diri dalam kereta. Biasanya aku tak begitu selesa tidur dalam kereta tapi pagi ni, aku tidur dengan nyenyak nya langsung tak sedar apa yang berlaku. Bila aku sedar, yang aku tahu diorang sudah breakfast kat kedai. Cheh, rugi tol aku. Takper leh save duit :P. Tapi ada satu lagi benda yang tak disangka. Ruper2nyer ktiaorg kena saman sebab parking waktu diroang tengah bersihkan jalan. Camtu rupernyer peraturan kat SF. Kitaorg langsung tak tahu apa. Aik, tentu aku tidur mati tadi sampai polis datang saman pun aku tak tahu.

Selesai saja Solat Subuh dan makan pagi, semua tak tahu apa nak buat. Lagi buat aku rimas dengan kawan2 aku ni. Pandai pulak nak datang jauh2 tapi tak pandai nak plan pergi mana. Tapi disebabkan mereka pun kawan2 aku juga dan datang pun beramai, so aku tak mahu complain lebih2. Muiz yang decide nak naik sampai Fisherman's Wharf dan aku jadi co-pilot pulak tunjukkan jalan nya.

Sampai di Fisherman's Wharf, aku keluar kereta keriangan. Ada jugak laa tempat yang agak menarik nak bergambar. Tapi uihhhhh tak tahan sejuknyaaaaa. Siap berkabus lagi. matahari pun belum muncul lagi. Tapi tak sangka pulak waktu summer macam ni sejuk macam Milwaukee time spring jer. Nasib baik aku bwak jacket aku. Menarik nya tempat ni because it looks so Omptuihss hehe. Atau dengan kata lain macam dalam movie tu, area2 fisherman, ada boat, kapal ikan berlabuh. Dengan kabusnya. Dengan sejuknya. Dengan pemancing nya. Alamak aku takder lak gambar yang sesuai nak tunjuk.

Dari jauh kelihatan penjara Alcatraz yang pemes tu. Korang kenal ker penjara Alcatraz ni. Dulu penjara ni digunakan sebagai penjara hehe, tapi sekarang sudah ditutup dan dibuka kepada pelancong yang nak masuk penjara hehe. A lot like penjara Pudu laa. kalo korang tonton filem The Rock lakonan Nicholas Cage dan Sean Connery, cerita tu berkisahkan penjara inilah.

Tetiba rasa nak buang air pulak. Mungkin disebabkan kesejukan terlampau tu. Kitaorg bergerak meninggalkan Fisherman's Wharf dan mencari bilik rehat (restroom). Cari punya cari last last jumper dalam hotel mewah hehe :P. Pastu sekali lagi semua blur tak tahu nak ke mana. niat asalnya memang nak bergambar dekat Golden Gate tapi suasana sekarang masih berkabus. MAka aku decide nak pergi tengok dulu San Francisco-Oakland bay brigde yang kitaorg lalui tadi dari bawah. OK atl east ada jugak tempat yang boleh pergi dulu sementara menunggu kabus hilang.

Berhenti pula di Marina Green. Ternampak sepasang American couple tengok syok main dengan anjing dia. Aku kebosanan, buka laptop aku, check internet connection, eh rupernyer dekat sini pun ada hehe. Sonok nyer but wait. Great power comes with great responsibility. Aku lak disuruh cari tempat yang boleh lawati sementara menunggu masuk hotel. OK laa aku cari.

Dari Marina Green, kitaorg bergerak ker Golden Gate Promenade, tempat yang kitaorg rasakan agak sesuai bergambar dengan Golden gate, tapi (lihat di bawah). Macam mana nak amik gambar kalo masih dilitupi kabus yang tebal macam awan (suasana ni menyebabkan ia digelar Golden Gate fog).

Suasana pagi sudah mulai terang. dari jauh kitaorg sudah nampak kabus yang menyelubungi Golden Gate tadi sudah mulai nipis sedikit demi sedikit. Kami bergerak ke Marine Drive untuk mengambil gambar Golden Gate dengan lebih dekat. Muka yang tadi moyok bertukar menjadi excited sebab ini lah niat asal kitaorg untuk sampai di SF ni. Menarik! Tak terucap dengan kata2 chewah.

Dalam hati aku masih terfikir macam mana laa diorang boleh buat jambatan yang begitu terkenal sampai orang sanggup datang dari jauh semata2 nak bergambar dengan jambatan ni. Kalau ikutkan sekadar sebuah jambatan. Design jambatan ni pun sudah ditiru untuk banyak jambatan lain. Mungkinkah kerana factor usia dan originality yang menjadi daya tarikan nya? Atau kerana kabusnya?

Pandangan kota SF dari marine Drive. Lihat, kota SF juga dilitupi sedikit kabus. Sudah menjadi identiti SF berkabus dan sejuk pada waktu pagi.

Hey cerita untuk hari ni baru first part. Haha ada second part pulak. Nanti aku ceritakan bagaimana daripada aku benci SF pada awalnya, aku jadi suka.

Bersambung...

1 Comments:

Blogger Adhd Specialist said...

Hi, I was just blog surfing and found you! If you are interested, go see my add related site. It isnt anything special but you may still find something of interest.

8:16 PM  

Post a Comment

<< Home